Tuesday, 9 April 2013

Kehilangan.......

Setiap manusia pasti akan merasai kehilangan orang tersayang.
Tun Teja kehilangan mak pada 18 Ramadhan 1433 yg lepas. Arwah mak sakit tenat di Hospital pakar Muar selama seminggu. Kami adik beradik serta abah berkampung di rumah Angah (kakak kedua Tun Teja) kerana rumah dia sangatlah dekat je dengan hospital tu.
Lebih terkesan ialah kerana ianya berlaku di bulan puasa. Bersahur dan berbuka pun berjemaah 1 keluarga la jawabnya. Kalau nak dikira takde siapalah nak balik kampung berbuka puasa bersama mak dan abah kerana msaing-masing sibuk. kalau ada pun mungkin yang selalu balik kampung iaitu adik tunteja..Am nama dia.
Siapa sangka.... Allah lebih sayangkan mak. Lepas mak pergi ke rahmatullah.... kami adik beradik risaukan abah yang tinggal keseorangan.Kini abah pula sakit. keadaan memaksa untuk abah berada di rumah anak-anaknya. Rumah dikampung ditinggal sepi... kosong... seperti jiwaku yang kosong sekarang ni apabila mengimbau kembali kenangan-kenangan lampau

Wednesday, 13 March 2013

i'm back

dah terlalu saya tinggalkan blog ni. rasa rindu nak menulis semula. banyak perkara berlaku dalam hidup ni àkhir-akhir ni. namun hidup harus diteruskan seperti biasa selagi hayat dikandung badan.