Tuesday, 9 April 2013

Kehilangan.......

Setiap manusia pasti akan merasai kehilangan orang tersayang.
Tun Teja kehilangan mak pada 18 Ramadhan 1433 yg lepas. Arwah mak sakit tenat di Hospital pakar Muar selama seminggu. Kami adik beradik serta abah berkampung di rumah Angah (kakak kedua Tun Teja) kerana rumah dia sangatlah dekat je dengan hospital tu.
Lebih terkesan ialah kerana ianya berlaku di bulan puasa. Bersahur dan berbuka pun berjemaah 1 keluarga la jawabnya. Kalau nak dikira takde siapalah nak balik kampung berbuka puasa bersama mak dan abah kerana msaing-masing sibuk. kalau ada pun mungkin yang selalu balik kampung iaitu adik tunteja..Am nama dia.
Siapa sangka.... Allah lebih sayangkan mak. Lepas mak pergi ke rahmatullah.... kami adik beradik risaukan abah yang tinggal keseorangan.Kini abah pula sakit. keadaan memaksa untuk abah berada di rumah anak-anaknya. Rumah dikampung ditinggal sepi... kosong... seperti jiwaku yang kosong sekarang ni apabila mengimbau kembali kenangan-kenangan lampau

Wednesday, 13 March 2013

i'm back

dah terlalu saya tinggalkan blog ni. rasa rindu nak menulis semula. banyak perkara berlaku dalam hidup ni àkhir-akhir ni. namun hidup harus diteruskan seperti biasa selagi hayat dikandung badan.

Saturday, 22 September 2012

Terima Kasih Jiran

Saya amat berterima kasih kepada jiran saya yang selalu on connection internet. Dia tak letak password pun. So apa lagi....guna aje lah. Tapi saya sendiri pun tak tahulah jiran yang mana satu yang guna nama tersebut. Alang-alang dah dapat guna free, saya guna ajelah. Kalau weekend dari pagi sampai petang. Kalau weekdays dari jam 10 sampai jam 2pg je. Ok. lah kan?? ^_^

Hari ini saya nak introduce my only bongsu. Batrisya Alya.
Ini lah dia budak kecik yang selalu buat mama dia hangin satu badan. Tak mau berenggang kecuali masa mama dia pergi kerja. Kalau mama dia ambil lambat dari rumah pengasuh lagi dia hangin. "apasal mama ambik lambat? dah gelap dah ni baru nak sampai". aduhai....mama dia kena bebel la pulak. Maknanya saya memang kena pastikan ambil dia sebelum gelap sebab bila dia sudah merajuk dia akan buat hal sampai la tidur. 
24hb Julai 2008 hari lahir dia. 4 tahun dah dia tahun ni. Tapi kalau bercakap macam budak sekolah menengah dah. Alya oh Alya..........

Kecewa.........

Sekarang Tun Teja sedang kecewa kerana micro SD card adapter rosak. 
aduhai........ banyak perkara nak kongsikan dengan kalian tapi nampak gayanya terpaksa lah tertunda.
jika anda baca blog post saya yang berikutnya silalah paham-paham sajalah ye.

Saturday, 15 September 2012

Apa yang penting, KERJASAMA!!!

Apa yang penting, KERJASAMA!!... Wonder pet..wonder pet....
^_^ mesti anda semua biasa tengok rancangan animasi Wonder Pets kan? Foto di atas saya ambil semasa beriadah di Taman Istana, Klang, Selangor pada tahun lepas. Bagi saya foto ini adalah kesinambunga pada slogan KERJASAMA yang biasa di uar-uarkan dimana-mana saja, tak kira lah di tempat kerja, di rumah, atau dimana saja. Kerjasama sangat penting. lebih-lebih lagi jika kita mahu hidup yang aman damai dan jauh dari pergolakan atau pergaduhan. Kerjasama dan tolak ansur sangat2 penting. Seandai sebuah rumahtangga tak ada kerjasama antara suami dan isteri maka pincanglah rumahtangga, porak perandalah institusi kekeluargaan sehingga mendatangkan kesan yang buruk kepada perkembangan anak-anak. Peliharalah keluarga kita sebaik mungkin supaya kita dapat membina sebuah keluarga sakinah demi masa depan agama, negara dan bangsa.

Friday, 14 September 2012

Why 'Tun Teja'?

I just wanna to story why i like name Tun Teja. because.......... i always spent my time holiday in Melaka, Malaysia. Its was wonderful destination to go for holiday with your loves ones. All yhis photo was taken somewhere along Sungai Melaka.





Thursday, 13 September 2012

Sindrom malas bangun pagi

hah!! saya dulu-dulu memang macam tu malas bangun pagi. tapi itu dulu-dulu la...masa muda-muda .. (heheh sekarang pun masih muda).
Tiap-tiap pagi memang kerja saya bangunkan anak dan suami. waduuuuhhhh...... susahnya. paling susah yang tua sekali lah. nak tau siapa? dah tentu dah husband saya. yang kedua anak sulong saya yang perempuan, kaklong atau nama sebenarnya Batrisya Ardini. Nama sedap tapi aduaiiiiii nak bangun pagi punyalah susah.
Pagi-pagi saya suka membebel. Kalau anak-anak yang lain (yang nombor 2 dan nombor 3) diaorang bangun bukan sebab saya gerak. Tapi dia kata "bising je mama ni pagi2 bebel2". HAhaahahaha...^_^.
Macam tu lah setiap pagi. Baru kes suruh bangun aje lum lagi kes seterusnya.
Hemmm.... oleh kerana hari ini online di ofis makanya saya tak bole lama-lama. Cerita selanjutnya.......